Kerjaya Sugawara no Michizane

Dalam pentadbiran

Pada tahun 886, Sugawara dilantik menjadi gabenor wilayah Sanuki, seperti mana yang lazim untuk para pembesar yang tidak cukup pengaruh dan kuasa ketika itu. Beliau berkuasa di sana selama empat tahun, beliau banyak mengarang hampir 26% sajaknya pada tempoh ini.[1] Pada tahun berikutnya, beliau dilaporkan berjumpa para sami biksu serta membuat upacara persembahan kepada dewa-dewi untuk membantu menghilangkan kemarau yang melanda pada waktu itu. Catatan masa menunjukkan bahawa masa Michizane sebagai gabenor hanya menemui kejayaan sederhana.[1]

Pertembungan dengan suku Fujiwara

Pada tahun 888 M, Maharaja Uda bertelagah dengan seorang pembesar yang memangku kuasa maharaja sebelumnya, Fujiwara no Mototsune mengenai mana yang selayaknya menjadi penguasa Jepun. Michizane membela baginda maharaja dalam suatu surat tentang kepada Mototsune. Atas hal ini, beliau dikurniakan jawatan penting dalam istana maharaja sebaik beliau kembali ke Kyoto pada tahun 890 dengan baginda maharaja mula mengukuhkan kedaulatan baginda jauh dari campur tangan suku Fujiwara; awatan ini termasuk sebagai penasihat diraja, Pembantu Pengurus Isi Rumah Putera Mahkota Atsuhito dan Duta Kerajaan Tang.[2]

Beliau dilantik sebagai duta besar ke China pada tahun 890-an, tetapi beliau berpaling tadah menggesa pemansuhan jawatan tersebut pada tahun 894 dengan beralasan ia seiring dengan berkurangnya pengaruh kerajaan Tangterhadap Jepun pada ketika itu; ada sejarawan yang mengusulkan bahawa kedudukannya yang dilantik meskipun tidak mahir berbahasa Cina Istana (yang agak biasa dalam kalangan mereka di mana mereka lebih mengetahui bahasa Cina persuratan dari bahasa lisan) turut menjadi pendorong beliau untuk mengelakkan jatuhnya air muka sendiri.[3]

Pembuangan dan senja usia

Pada 901 M, beliau diancam suatu persekongkolan diwujudkan Fujiwara no Tokihira yang menuduhnya memenangkan kakanda sebelah ibu Matushito, Putera Tokiyo sebagai pewaris lebih utama Takhta Bunga Kekwa, lagi-lagi dengan tingkah laku keras Michizane terhadap seorang saudara Tokihira, Fujiwara no Sugane dalam suatu majlis.[4]

Tidak lama selepas Putera Matsuhito naik takhta sebagai Maharaja Daigo, baginda mengisytiharkan semua gelaran Michizane dilucutkan serendahnya dan kesemua ahli keluarganya dibuang ke Dazaifu, pulau Kyūshū. Di sanalah Michizane menghabiskan sisa usianya sehingga beliau meninggal dunia di sana pada tahun 903 M.[4]

Berkaitan